Maklumat Tentang Masalah Kereta Second Hand
Sesetengah kereta second hand akan mempunyai masalah yang tidak diketahui. Hal ini kerana kereta second hand adalah kereta yang pernah dipandu dan diguna untuk satu jangka masa. Oleh itu, sesetengah bahagian kereta terpakai akan menjadi rosak atau bermasalah.
Sebagai contoh, kereta second hand yang kekurangan maintenance akan mempunyai masalah mekanikal di bahagian enjin dan gearbox. Di samping itu, kereta second hand mungkin akan mempunyai masalah aircond kerana sistem aircond sudah kekurangan gas refrigerant dan minyak. Tambahan lagi, kemampuan dan keberkesanan sistem cooling kereta akan berkurang apabila tangka air menjadi kotor atau tersumbat.
Secara ringkasnya, kereta second hand mungkin akan mempunyai masalah-masalah yang perlu diteliti. Hal ini kerana kereta terpakai yang bermasalah akan mempunyai nilai jualan yang berbeza. Tambahan lagi, kereta terpakai yang tidak berkeadaan baik akan menyebab kos maintenance pada masa depan bertambah. Oleh itu, sesetengah pembeli kereta akan menjalankan inspection supaya boleh memeriksa keadaan kereta second hand dengan lebih teliti.
Di pasaran kereta terpakai Malaysia, masalah-masalah seperti bawah adalah masalah yang biasa dijumpai semasa buat inspection.
- Enjin bermasalah
- Sistem aircond tidak boleh berfungsi dengan baik
- Sistem brak dan suspension bermasalah
- Tayar terlalu nipis
- Bahagian dalaman yang mempunyai kerosakan yang sudah diterima
- Chassis kereta pernah terlanggar

Enjin Kereta Second Hand Yang Baik
Apabila memeriksa kereta second hand, masalah enjin kereta yang mungkin terkesan atau terjumpa ada seperti:
- Kebocoran minyak hitam
- Gegaran yang tidak normal
- Bunyi yang kasar
- Sistem ezos keluar asap putih
- Suhu enjin senang meningkat ke tahap yang bahaya
Kebanyakan pembeli kereta terpakai akan mengelak kereta yang mempunyai masalah enjin. Hal ini kerana masalah enjin kereta susah dibaiki dan mungkin memerlukan kos yang tinggi.
Sistem Brak Dan Suspension Bermasalah
Sesetengah kereta terpakai mungkin akan mempunyai masalah brak tidak. Hal ini kerana brak pad susah terlalu nipis untuk mencengkam disc dengan baik.
Di samping itu, sistem suspension kereta second hand mungkin akan mempunyai masalah absorber. Hal ini kerana jangka hayat kebanyakan absorber kereta adalah lebih kurang 2 tahun atau 30000 – 40000km. Apabila absorber bermasalah atau rosak, suspension kereta akan kekurangan keupayaan damping yang baik. Oleh itu, keselesaan dan handling kereta akan menjadi tidak baik.
Keadaan Bahagain Dalaman Yang Tidak Baik
Kadang-kala, pakar inspection akan terjumpa kerosakan yang serius di bahagian dalaman kereta second hand. Sebagai contoh, kusyen kerusi kereta second hand mungkin akan ada kerosakan atau masalah terkoyak. Selain itu, sesetengah kerusi kereta atau bahagian dashboard mungkin akan ada masalah garis calar yang serius. Disebabkan kos membaiki kerusi dan dashboard adalah tinggi, kebanyakan pembeli akan elak kereta yang tidak ada bahagian dalaman yang baik.
Tayar Yang Nipis
Sesetengah pembeli kereta berharap tayar kereta second hand tidak ada masalah kebalan. Hal ini kerana pembeli terpaksa membayar kos untuk tukar tayar jika tayar terlalu nipis. Sebagai contoh, kos tukar empat unit tayar 18inch mungkin melebihi RM2000. Oleh itu, masalah tayar nipis akan dielak oleh sesetengah pembeli kereta terpakai.
Perkidmatan Inspect Kereta Second Hand
Apabila memilih kereta second hand, sesetengah pembeli akan merancang untuk buat inspection. Hal ini kerana inspection adalah cara yang berkesan untuk memeriksa kereta terpakai dan mencari masalah yang tersembunyi. Jika terjumpa kereta yang ada masalah serius, pembeli boleh elak kereta tersebut dan cari kereta second hand yang lain.
Tambahan lagi, laporan inspection boleh menjadi maklumat rujukan untuk menilai semula harga kereta second hand. Oleh itu, sesetengah pembeli akan cuba membincangkan harga yang lebih berpatutan apabila terjumpa masalah kereta.
Di KL Selangor, pembeli kereta terpakai boleh meminta pakar membuat inspection secara onsite. Dengan ini, pembeli dan penjual tidak perlu merancangkan cara-cara menghantar kereta ke bengkel untuk diperiksa oleh mekanik.
Memeriksa Masalah Kereta Terpakai Sebelum Buat Pembelian
Matlamat penting untuk memeriksa kereta terpakai sebelum membuat pembelian kerana boleh kurangkan risiko terbeli kereta bermasalah. Disebabkan hal demikian, pemintann untuk perkidmatan inspect kereta second hand telah meningkat dari masa ke semasa.